Tuesday, 25 August 2015 01:26

CAPIT RACING TEAM 4 MENGUNGGULI PUSINGAN PERTAMA

Ahad, 23 Ogos 2015 – Gandingan Capit Racing team 4 yang diwakili oleh Muhd Haiekal Akmal dan Safrizan Buang menarik perhatian dan tumpuan di Litar MIMC, Melaka dengan memenangi kelas terbuka perlumbaan pembukaan pusingan yang pertama Kejohanan KBS-MAM Kapcai Endurance 2015.

 

Jumlah penyertaan sebanyak 84 pasukan yang terdiri daripada 188 pelumba menggegarkan litar MIMC, Melaka dibahagi kepada 2 perlumbaan dan dipecahkan kepada 4 kategori. Perlumbaan pertama adalah untuk pasukan-pasukan yang bertanding di dalam Kelas 1 dan 2 sementara perlumbaan kedua untuk pasukan Kelas 3 and Kelas Terbuka. Kedua-dua perlumbaan di langsungkan secara endurance selama 2 jam.

Dalam perlumbaan pertama bagi kelas 1, pasukan AZ Racing Design yang di wakili oleh Muhammad Qusyairi Ramani bergandingan dengan Muhammad Nur Azmi Noordin muncul juara bagi kelas 1 dengan melakukan 89 pusingan di atas litar sepanjang 1.5km.  Tempat ke-2 dimenangi oleh pasukan Capit Racing Team 1 dengan jumlah 88 pusingan sementara pasukan TSR SMW 1 di tempat ke-3 dengan 88 pusingan. 

Bagi Kelas 2, Nano Organizer Team menduduki tempat teratas podium dengan melakukan 92 pusingan, manakala pasukan Raden Motorsports Melaka menduduki tempat ke-2 dipisahkan dengan 57 saat. Pasukan FMC Pagoh Motorsport 1 pula melengkapkan tempat ketiga di atas podium dengan 91 pusingan.

Perlumbaan yang agak sengit di sebelah petang menyaksikan pertarungan 40 pasukan bagi Kelas 3 dan Kelas Terbuka. Di akhir perlumbaan ke-2 ini, Pasukan Capit Racing Team 4 yang bertanding dalam Kelas Terbuka muncul pemenang keseluruhan diikuti oleh pasukan Motul Yamaha YY Pang di tempat ke-2 dan PMP Motopart 2.  Ketiga-tiga pasukan melakukan 100 pusingan sepanjang 2 jam perlumbaan. 

Mohd Khuzaimi Mahmood dan Muhammad Syuzaili Ashari yang mewakili Capit Racing Team 3 memenangi kelas 3 manakala pasukan Amat Ayam Racing Berjaya menduduki tempat kedua. Pasukan FMC Pagoh Motorsport 2 pula merebut tempat ketiga di podium dengan 96 pusingan.

Penyampaian hadiah dilaksanakan oleh Tuan Hj Salleh Ramli iaitu Pengarah Bahagian Pembangunan Sukan, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia bagi semua kelas.   

Pusingan ke-2 Kejohanan Kebangsaan KBS-MAM Kapcai Endurance ini akan diteruskan pada 19 – 20 September ini di Litar Go-Kart Sepang International Circuit.

 

Kalendar kejohanan ini bagi tahun 2014 adalah seperti berikut: -

Pusingan 2                  19 – 20 September                 Litar Go-Kart SIC

Pusingan 3                  3 – 4 Oktober                        Pahang

Pusingan 4                  30 – 31 Oktober                     Kedah

Pusingan Akhir            20-22 November                     Sepang

 

 

 

KBS MAM KAPCAI ENDURANCE 2015

Keputusan Pusingan 1

KELAS 1 – 100 cc

1. AZ Racing Design  

2. Capit Racing Team 1

3. TSR SMW 1

4. TSR SMW 2

5. PB2R Racing Team

6. Danish Motorsport

7. Project S Motorsport

8. Big Bang Chik

 

KELAS 2 – 120 cc

1. Nano Energizer Team

2. Raden Motorsports Melaka

3. FMC Pagoh Motorsport 1

4. Epit Motorwork 1

5. RnD + Plus

6. Storm Rider JR Racing Team 2

7. Maquzy Racing 2

8. GTX-Xtreme RS

 

KELAS 3 – 150 cc

1. Capit Racing Team 3

2. Amat Ayam Racing

3. FMC Pagoh Motorsports 2

4. Seong Motor

5. KW BGO Racing Team

6. ZAM Motor Lekir

7. AH KC DMS Cheetah Power

8. 52 Racing

 

KELAS TERBUKA

1. Capit Racing Team 4

2. Motul Yamaha YY Pang

3. PMP Motopart 2

4. RnD + Plus

5. Fuad Racing

6. At Qaqi Motor

7. MSC Racing Team

8. Ryan Crew Parit Raja

Read 843 times