Tuesday, 25 August 2015 01:38

KBS MAM KAPCAI ENDURANCE KEMBALI MENGGEGARKAN LITAR MIMC, MELAKA

Sabtu, 22 Ogos 2015 – Pusingan pertama Kejohanan Kebangsaan KBS-MAM Kapcai Endurance mencatatkan rekod baru dari segi penyertaan pasukan apabila 84 pasukan yang mendaftar pada hari pendaftaran. 

 

Kejohanan yang dianjurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan dengan kerjasama Motorsports Association of Malaysia pada tahun ini mencapai 200 orang bagi jumlah keseluruhan dimana ini menunjukkan peningkatan yang amat positif berbanding siri yang lalu terhadap program ini. 

“Kejohanan ini boleh dianggap titik permulaan bagi pencarian bakat  dalam sukan permotoran khususnya dua roda sebelum memasuki keperingkat antarabangsa yang memberi impak dalam sukan permotoran negara”, kata Dato’ Razlan Razali selaku Ketua Pegawai Eksekutif MAM. 

Bagi pelumba yang baru berumur 13 tahun, Muhammad Adib berkata “program ini memberi peluang kepada kami mengikuti sukan permotoran diperingkat awal sebelum keperingkat yang lebih tinggi’. Kelihatan juga beberapa pelumba professional seperti Elly Idzlianizar Ilias, Adam Norrodin, Syafiq Rasol dan beberapa pelumba lain yang turut menyertai kejohanan pada pusingan pertama ini. 

Dalam sesi kelayakan yang diadakan hari ini, gandingan pelumba-pelumba dari pasukan Capit Racing mencatat masa terpantas untuk menduduki grid pertama bagi Kelas Terbuka dengan kedudukan masa 1:10.209. 

Legasi Kejohanan kebangsaan ini diteruskan dengan kerjasama Maxxis sebagai tayar rasmi untuk kejohanan pada tahun 2015. Dengan memperkenalkan model Maxxis Volans MA5D untuk menguji ketahanan dwi fungsi bagi kegunaan tayar ini iaitu di litar lumba dan juga di jalan raya. 

 

Jadual Perlumbaan – Ahad, 23 Ogos 2015

11.00 hrs – 1300hrsPerlumbaan 1(Kelas 1 & Kelas 2)

1300 hrs – 1250 hrs Waktu rehat / Solat Zuhur

1400 hrs – 1600 hrsPerlumbaan 2 (Kelas 3 & Kelas Terbuka)

1630 hrs        Majlis Penyampaian Hadiah

 

Read 726 times