Sunday, 20 September 2015 11:02

PASUKAN REDSPEED MOTORSPORT KL TERPANTAS DI SEPANG

Sabtu, 19 September 2015 – Pasukan Redspeed Motorsport KL menunjukkan taring apabila pasukan ini mendahului kelayakan pusingan kedua kejohanan kebangsaan KBS MAM Kapcai Endurance di Litar Go-Kart Sepang. Mendahului pesaing terdekat dari pasukan Prince Lubricant Racing yang mengekori secara rapat untuk kedudukan ditempat kedua manakala MK Possum Racing ditempat ketiga dalam kelas terbuka.

Gandingan Muhd Zulhilmi dan Muhd Alhakim Adnan mencatat masa 1 minit 0.556 saat untuk  masa terpantas mengelilingi litar sepanjang 1,247 meter itu bagi membolehkan pasukan Redspeed Motorsport KL menduduki petak pertama untuk perlumbaan esok.

Tempat kedua dalam saingan kelas terbuka ini diduduki oleh pasukan Prince Lubricant Racing dengan pasukan MK Possum Racing menduduki mencatat masa ketiga terpantas.

Sesi ujian masa pada hari ini terbahagi kepada 4 kelas seperti pada perlumbaan pusingan pertama di Melaka pada bulan lalu. Sebanyak 41 pasukan dengan jumlah 88 pelumba yang berentap untuk merebut tempat ke kejohanan akhir KBS MAM Kapcai Endurance yang akan berlangsung daripada 20 hingga 22 November ini.

Kejohanan Kebangsaan KBS MAM Kapcai Endurance pada pusingan kedua ini dimeriahkan lagi dengan perlumbaan MiniGP yang disertai seramai 19 pelumba.

Reffy Kamar menjuarai perlumbaan pada pusingan pertama dengan catatan masa 15 minit 47.134 saat dengan Jailani Kosman menduduki tempat kedua dan Muhammad Zulhilmi Yazid di tempat ketiga bagi kelas terbuka.

 

 

KBS MAM Kapcai Endurance 2015



Pusingan kedua – Ujian Masa

Kelas 1 dan Kelas 2



1.SPR Racing Amat Ayam Fatt Fatt (1:01.785)

2.MZ2 Bikes (1:02.284)

3.KW BGO Racing Team 3 (1:02.902)

4.RND Plus (1:03.432)

5.KW BGO Motorsports 1 (1:04.628)

 

Kelas 3 dan Kelas Terbuka

1.Redspeed Motorsport KL (1:00.556)

2.Prince Lubricants Racing Team  (1:00.746)

3.MK Possum Racing Team  (1:01.043)

4.RNM Team  (1:01.069)

5.KW BGO Racing Team 2  (1:01.203)

 

 

Perlumbaan MiniGP – Perlumbaan selingan

Keputusan Perlumbaan

1.Reffy Kamar  (15:47.134)

2.Jailani Kosman  (15:48.327)

3.Muhammad Zulhilmi Yazid   (16:23.289)

4.Mohd Emy Bin Nordin Ahmad  (16:23.526)

5.Muhammad Hanif Nazmi  (16:25.528)

 

Read 1079 times