Monday, 30 November 2015 10:51

FUAD RACING RAJA KAPCAI ENDURANCE 2015

SEPANG, 29 November 2015 - Gandingan Muhammad Yusof Omar dan Muhammad Aqid Jumali dari pasukan Fuad Racing muncul juara edisi keempat Kejuaraan KBS-MAM Kapcai Endurance, yang menyaksikan saingan sengit dengan pasukan MK Possum Racing Team di Sepang International Circuit hari ini.

Selepas pertarungan selama empat jam, pasukan Fuad Racing dan MK Possum Racing Team, yang dipacu pelumba berpengalaman Mohd Farid Ahmad dan Mohamad Kanafi Kamarudin,  terikat dengan jumlah lap yang sama sebanyak 71 pusingan sekeliling litar sepanjang 5,543 meter itu. 

Gelaran juara keseluruhan dan Kelas Terbuka, bagaimanapun, akhirnya menjadi milik Fuad Racing, yang menamatkan saingan empat jam itu dua minit di hadapan lawan mereka, yang sebenarnya menggunakan jentera yang lebih berkuasa.

Menggunakan strategi perlumbaan dan kepakaran teknikan yang lebih mantap dalam penyiapan jentera, Muhammad Yusof da Muhammad Aqid, yang menggunakan jentera Yamaha 100cc, dapat mengatasi lawan mereka, yang menggunakan jentera Yamaha 150cc.

Tempat ketiga untuk Kelas Terbuka dimenangi oleh pasukan PMP Motorsport 2, yang membariskan Muhammad Syafit Nash Jasni dan Muhammad Rizal Jantan, yang menamatkan 70 lap dengan jentera Yamaha 150cc. Tempat keempat dimenangi oleh rakan sepasukan mereka – Muhammad Syawal Mohd Noor, Syazwani Amatakim dan Zaidi Mohd Zahaizal. 

Saingan Kelas 3 untuk jentera di bawah 150cc dimenangi oleh pasukan CAPIT Racing dengan  gandingan Muhamad Khuzaimi Mahmood dan Muhammad Syuzaili Ashari sebagai jagoan tunggangan mereka. Memacu jentera Yamaha 135cc, mereka berjaya membuat 69 lap untuk meninggalkan saingan terdekat mereka – pasukan Zam Motor Lekir, dua lap di belakang.

Diwakili oleh Muhammad Fadly Muhamad Khaly, mereka melengkapkan 67 pusingan dengan jentera Yamaha 125cc. Tempat ketiga dimenangi oleh gandingan Muhammad Aiman Tahiruddin dan Muhammad Amirul Rosefandy, yang menamatkan 66 lap dengan jentera Yamaha 135cc.

Gandingan mantap tiga sahabat – Muhammad Qibal Quzaimy Azhar, Mohd Norfadzril Othman dan Ammar Dhiyauddin Errman Zuhady membolehkan pasukan MZ2 Bikes untuk muncul juara kelas 2 untuk jentera di bawah 120cc. Mereka melengkapkan 65 lap untuk mengketepikan cabaran pasukan Hyrax Pro Racing Oil 1 dan Maquzy Racing, yang masing-masing mendapat tempat kedua dan ketiga untuk kelas berkenaan.  

Saingan Kelas 1 untuk jentera di bawah 100cc diungguli oleh pasukan AZ Racing Design, yang dipacu oleh Muhammad Qusyairi Ramani dan Muhammad Nur Azmi Noor. Menunggang jentera Honda Wave, mereka telah melengkapkan 63 lap

Empat saingan yang telah diadakan untuk edisi ini bermula di Melaka International Motorsports Circuit, Melaka;  Litar Go-Kart Sepang, Selangor; Taman Tasik Inderapura, Pekan, Pahang dan Kampus Universiti Utara Malaysia Sintok di Kedah sebelum saingan pusingan akhir di SIC. .

Dilepaskan oleh pelumba Moto3 negara, Muhammad Zulfahmi Khairuddin pada 2 petang, perlumbaan bermula dalam cuaca panas sebelum berubah menjadi mendung selepas tiga jam saingan. Bagaimana, hujan hanya turun beberapa minit selepas perlumbaan berakhir pada 6.03 minit.

Hadiah-hadiah para pemenang telah disampaikan oleh Yang Berusaha Tuan Haji Mohd Salleh Ramli, Pengarah Cawangan Rekreasi Bahagian Sukan,  Kementerian Belia dan Sukan.

 

 KEPUTUSAN – TIGA TEMPAT TERATAS

 

 KELAS TERBUKA

 

1. Fuad Racing (Yamaha) – 71 lap (4:02.45.766s)

2. MK Possum Racing Team (Yamaha) – 71 lap

3. PMP Motorsport 2 (Yamaha) – 70 lap

 

 KELAS 3

 

1. CAPIT Racing Team  (Yamaha) - 69 lap

2. Zam Motor Lekir (Yamaha) – 67 lap

3. AH KC DMS Cheetah Power (Yamaha) – 66 lap

 

 KELAS 2

 

1. MZ2 Bikes (Yamaha) – 64 lap

2. HYRAX PRO Racing Oil 1 (Yamaha) – 61 lap

3. Maquzy Racing (Modenas) – 61 Lap

 

 KELAS 1

 

1. AZ Racing Design (Honda Wave) - 63 lap

2. CAPIT Racing Team 2 (Yamaha) – 62 lap

3. Wak Jeruk Team 2 (Yamaha) – 60 lap

 

 

Read 759 times