MAM Admin

MAM Admin

Saturday, 10 October 2015 00:00

PERTARUNGAN SENGIT UNTUK SAINGAN DI PEKAN ESOK

 PEKAN, 10 Oktober – Pertarungan sengit menyusul pada saingan Pusingan 3 Kejuaraan KBS-MAM Kapcai Endurance 2015 di Litar Taman Tasik Inderapura di sini apabila empat pasukan teratas untuk kategori terbuka dibezakan dengan kurang daripada satu saat pada sesi kelayakan hari ini. 

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Dukacita kami memaklumkan bahawa perlumbaan pusingan ke3 di litar pekan ditunda pada 10-11 oktober 2015 kerana keadaan litar yg tidak bersedia untuk diaadakan perlumbaan disitu pada hujung minggu ini..kami sertakan sedikit gambar untuk penilaian sahabat2 semua

Ahad, 20 September 2015 – Litar basah nyata bukan halangan kepada pasukan MK Possum Racing apabila para penunggangnya mempamerkan kehebatan untuk muncul juara dalam saingan Pusingan 2 Kejuaraan KBS MAM Kapcai Endurance 2015 di Litar Go Kart Sepang hari ini.

Sabtu, 19 September 2015 – Pasukan Redspeed Motorsport KL menunjukkan taring apabila pasukan ini mendahului kelayakan pusingan kedua kejohanan kebangsaan KBS MAM Kapcai Endurance di Litar Go-Kart Sepang. Mendahului pesaing terdekat dari pasukan Prince Lubricant Racing yang mengekori secara rapat untuk kedudukan ditempat kedua manakala MK Possum Racing ditempat ketiga dalam kelas terbuka.

Friday, 18 September 2015 12:02

JADUAL PUSINGAN KEDUA 19hb-20hb September 2015

ATURCARA PERLUMBAAN

 

SABTU, 19HB. SEPTEMBER

 

0800hrs – 1200hrs  End  Pendaftaran 

0830hrs – 1200hrs  End  Pemeriksaan teknikal motosikal di Paddock/Pit

0800hrs – 1000hrs  End  Kursus Marshall perlumbaan

0800hrs – 0930hrs  MGP  Pendaftaran

0945hrs    MGPTaklimat Perlumbaan /Teknikal

1035hrs -1050hrs    MG  PLatihan Bebas (15 Minit)

1200hrs -1245hrs    MGP  Ujian Masa (25 Minit)

1300hrs End  Taklimat  Perlumbaan / Teknikal

1330hrs – 1400hrs   Rehat / Solat Zohor

1400hrs – 1425hrs   End  Latihan bebas Kelas 1 & Kelas 2

1435hrs – 1500hrs   End  Latihan bebas Kelas 3 & Kelas Open

1525hrs MGP  Mini GP ( 15 Laps)

1600hrs – 1625hrs  End  Ujian masa Kelas 1 & Kelas 2

1635hrs – 1700hrs  End  Ujian masa Kelas 3 & Kelas Open

1705hrs   MGP  Majlis Penyampaian Hadiah

 

AHAD, 20HB. SEPTEMBER

1030hrs – 1230hrs  End  Perlumbaan 1( Kelas 1 & Kelas 2)

1300hrs – 1350hrs  Waktu Rehat / Solat Zohor

1400hrs – 1600hrs  End  Perlumbaan  2( Kelas 3 & Kelas Open)

1700hrs    Majlis Penyampaian Hadiah

 

Khamis, 17 September 2015 – Misi menjadi Raja Kapcai Negara musim ini berterusan dengan saingan Pusingan kedua KBS MAM Kapcai Endurance 2015 diadakan di Litar Go Kart, Sepang dengan jumlah penyertaan yang lebih besar khususnya daripada golongan muda.

Sabtu, 22 Ogos 2015 – Pusingan pertama Kejohanan Kebangsaan KBS-MAM Kapcai Endurance mencatatkan rekod baru dari segi penyertaan pasukan apabila 84 pasukan yang mendaftar pada hari pendaftaran. 

Page 2 of 4