
MFOS TO BE BIGGER, STRONGER AFFAIR NEXT YEAR
October 26, 2024
MAM to host prestigious MAM Awards Night 2024
January 19, 2025Persatuan Sukan Bermotor Malaysia (MAM) amat dukacita diatas berita pemergian arwah Abang Adib Haji Abang, anggota Team Prostreet KB dari Brunei, di Acara Sandakan Drag Battle R3 2024 yang berlangsung di STC Drag Race Track, Sandakan, Sabah pada 14hb Disember 2024. Pihak MAM juga merakamkan ucapan takziah kepada keluarga arwah.
Malangnya, Acara Sandakan Drag Battle R3 2024 TIDAK diluluskan ATAU dikawal-selia (“sanctioned”) oleh pihak MAM dan penganjur acara tersebut bukannya ahli kelab gabungan MAM. Penganjur-penganjur dan peserta-peserta yang ingin terlibat di dalam acara-acara permotoran harus pastikan bahawa acara-acara tersebut telah diluluskan dan dikawal-selia (“sanctioned”) dengan menghubungi dan bekerjasama dengan pihak MAM, iaitu badan induk, secara terus.
Acara-acara yang dikawal-selia (“sanctioned events”) oleh pihak MAM dijalankan dengan mematuhi garis panduan am dan teknikal yang telah ditetapkan oleh pihak FIA dan FIM berkaitan dengan penganjur-penganjur, kemudahan-kemudahan, peserta-peserta dan kenderaan-kenderaan. Tambahan lagi, bagi meningkatkan keselamatan dan profesionalisme sukan permotoran tempatan, pihak MAM juga telah memperkenalkan garis panduan komprehensif untuk kategori perlumbaan drag pada bulan Ogos 2024.
Garis panduan tersebut, yang mana telah diluluskan oleh pihak Kementerian Belia dan Sukan (KBS), meliputi aspek pengenalan, keselamatan dan pengendalian penganjuran bagi sukan permotoran drag. Pelaksanaan garis panduan tersebut untuk memupuk suasana sukan permotoran yang lebih teratur dan selamat di Malaysia selain dapat mengurangkan risiko kemalangan seterusnya meningkatkan pelaksanaan aktiviti sukan bermotor yang terkawal dan selamat.
Pihak MAM akan terus mempromosikan acara-acara yang dikawal-selia (“sanctioned events”) untuk menjadikan sukan permotoran lebih selamat dari segi semua disiplin di dalam sukan permotoran.
Sila hubungi kami di admin@mam.org.my untuk sebarang pertanyaan.