
APMC Time Schedule
September 26, 2023Asia Pacific Motorsport Championship 2023 | Day 1
September 29, 2023KUALA LUMPUR, 5 Oktober – Tokoh korporat Tan Sri Mokhzani Mahathir mengekalkan jawatan sebagai Presiden Persatuan Sukan Bermotor Malaysia (MAM) selepas menewaskan pencabar dan bekas pelumba GP negara Shahrol Yuzy Ahmad Zaini pada Mesyuarat Agong Tahunan persatuan berkenaan di sini hari ini.
Turut dipilih semula untuk terus berkhidmat bagi penggal 2023 -2026 adalah tokoh-tokoh daripada pasukan semasa MAM iaitu Timbalan Presiden, Dato’ Mohammed Rhiza Ghazi; Setiausaha Agung, Encik S.N.Nanthan dan Bendahari, Dato’ Razlan Razali.
Sementara Dato’ Mohammed Rhiza mengatasi cabaran bekas pelumba Kuan Meng Heng, Nanthan mengatasi cabaran promoter sukan, Adian Yein Khalid manakala Dato’ Razlan mengekalkan jawatan sebagai bendahari dengan cabaran yang sengit dari Jed David pada pemilihan yang diadakan pada hari ini.
Mengulas pemilihan semula beliau dan pasukannya, Tan Sri Mokhzani merakamkan penghargaan beliau kepada ahli-ahli Gabungan MAM yang memilih untuk memastikan penerusan segala aktiviti-aktiviti dan perancangan jangka masa panjang program-program sukan tanahair.
“Saya bersama pasukan bimbingan saya ini berazam untuk memegang amanah dan tanggungjawab yang diberikan kepada kami dengan sebaik mungkin. Untuk menjayakan program-program ini, kami berharap untuk mendapat sokongan penuh daripada semua ahli-ahli gabungan bagi memperkasakan lagi sukan pemotoran negara,” kata Tan Sri Mokhzani.
Jawatan yang disandang bagi penggal 2023/2026 dalam Persatuan Sukan Bermotor Malaysia (MAM)
Presiden – Y.Bhg Tan Sri Mokhzani Mahathir
Timbalan Presiden – Y.Bhg Dato’ Mohammed Rhiza Ghazi
Setiausaha Agung – Encik Neethianthan (S.N.Nanthan)
Bendahari – Y.Bhg Dato’ Razlan Razali