LOCKDOWN Virtual Championship
March 29, 2020Perjumpaan Menteri Belia dan Sukan dengan Sepang International Circuit (SIC) dan Persatuan Motorsports Malaysia (MAM)
June 17, 2020



Aiman Haziq muncul sebagai juara sulung saingan MAM Lockdown Virtual Championship yang diadakan buat julung kali oleh Persatuan Sukan Pemotoran Malaysia (MAM) bagi mengisi kekosongan aktiviti fizikal dalam sukan pemotoran ekoran arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan oleh Kerajaan bagi membenteras gejala COVID-19.
Aiman – satu nama yang tidak asing dalam sukan e-pemotoran – muncul juara selepas mengungguli saingan Pusingan ke-4 yang merupakan Pusingan Akhir kelas Elite, yang berlangsung pada hari ini menggunakan Litar Portimao, Portugal pada hari ini tempat kedua dimenangi oleh Muhammad Nabil dengan pelumba negara Dominic Ang menduduki di tempat ketiga. Persaingan sengit ini menyaksikan 24 pelumba menggunakan jentera lumba Aquila.
Mengumpulkan 153 mata daripada empat pusingan, Aiman dinobatkan sebagai juara dengan kelebihan enam mata daripada pelumba Singapura, Mikko Nassi, yang mempunyai 147 mata. Rakan karib Aiman -Ayman Aqeem menduduki tempat ketiga keseluruhan dengan mengutip 111 mata.
Terbuka kepada para pelumba dari Malaysia dan Singapura, saingan kelas novis diungguli oleh para pelumba negara dengan didahului oleh pemenang Pusingan 4 hari ini, Jun Cheng Ng sebagai juara dengan mengumpul 100 mata; dengan Kamil Raouf dan Rifqi Yasri masing-masing mendapat tempat kedua dan ketiga dengan mengutip 88 dan 86 mata.
Presiden MAM, Tan Sri Mokhzani Mahathir dalam perutusan beliau berkata penganjuran ‘MAM Lockdown Virtual Championship’ merupakan satu initiatif untuk menyokong saranan Kerajaan supaya kita duduk di rumah untuk mennangani Covid-19.
“Dengan program sebegini, kami berharap minat terhadap sukan pemotoran dapat dipupuk.
Sehubungan itu, saya mengucapkan Tahniah dan Syabas kepada semua yang menyahut cabaran ‘MAM Lockdown Championship’,” kata Tan Sri Mokhzani, yang memberi jaminan MAM akan sentiasa berusaha untuk membangunkan sukan pemotoran negara.
Beliau juga berkata penganjuran kejuaraan itu merupaksan salah satu satu initiatif gabungan MAM dan Kementerian Belia dan Sukan dalam membangunkan dan mengembangkan lagi bidang e-sports pada amnya dan e-motorsports khususnya, yang sememangnya semakin popular di pentas global.
“Tidak ada benteng atau ‘barrier’ untuk sesiapa yang ingin berlumba dalam e-motorsports dan menunjuk kehebatan memandu kereta atau motorsikal lumba. Walaupun ianya bukan lah alternatif bagi berlumba atau menonton perlumbaan secara fizikal, ‘e-motorsports’ sudah pun diiktiraf sebagai platform perlumbaan yang boleh mencungkil bakat perlumba
dari muda lagi,” tambah Mokhzani, yang menzahirkan rasa terharu atas sambutan memberangsangkan yang diberikan daripada komuniti sukan pemotoran.
“Bukan saja dari segi penyertaan yang di luar jangkaan; tetapi juga komen-komen positif dan kata-kata semangat di media sosial. “Without the community support it is impossible for us to get viewership exceeding 20k,” kata Tan Sri Mokhzani.
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi bahagian korporat MAM, Nor Lina Ayob di emel norlina@mam.org.my